iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 27 May 2017

Ramadhan @ Dapo Agro, daripada Peladang Setiu Agro Resort serendah RM29.00 seorang





Peladang Setiu Agro Resort, resort berkonsepkan Agrotourism di Setiu, Terengganu menawarkan Promosi Ramadhan @Dapo Agro di sepanjang bulan Ramadhan ini dengan tawaran dan menu masakan istimewa.

Harga yang ditawarkan adalah RM29.00 seorang bagi set hidangan dan RM38.00 seorang bagibufet. Pelbagai menu masakan kampung menjadi 'signature dish' resort ini dan yang paling istimewa adalah 'makan nasi dengan budu dan ulam'.

Pelanggan juga boleh memesan masakan berasaskan itik seperti Gulai Ittk atau Gulai ketam atau masakan lokan sebagai menu tambahan dengan kadar bayaran tertentu.

Dengan tempahan berbuka puasa juga turut mendapat kadar istimewa bagi penggunaan dewan mesyuarat atau dewan seminar.

Pihak resort juga turut menawarkan Promosi Bilik Istimewa Ramadhan dengan tawaran 50% potongan diskaun sepanjang Ramadhan ini.Tempahan boleh dibuat secara terus ataupun melalui tempahan ONLINE di www.booking.com dengan menaip Peladang Setiu Agro Resort



Bagi memeriahkan lagi suasana Ramadhan ini, pihak resort turut menganjurkan pertandingan memancing pada 2 Jun 2017 hari Jumaat jam 3.00 petang dengan menawarkan hadiah bagi Juara RM1,000 tunai.

Bagi maklumat lanjut mahupun tempahan bolehlah berhubung dengan pihak resort di talian 0199192240 atau 096920039.

#setiupost
#terengganumyheritage
#visitbeautifulterengganu2017


No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog