iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 31 January 2017

MB Terengganu melawat rumah warisan Haji Su di Kg Losong


Image may contain: sky, cloud, tree and outdoor

Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Ahmad Razif Abd.Rahman melawat rumah tradisi Terengganu di Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu pada 31 Januari 2017.

 Rumah tradisi Terengganu milik pedagang terkenal pada masa lalu, Allahyarham Tuan Haji Mohammed Salleh yang berusia lebih 166 tahun dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu pada tahun 2014 daripada waris Allahyarham dengan harga RM3.2 juta dan menjalani proses pemuliharaan dan telah siap dan dibuka kepada kunjungan orang ramai.

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor 

Image may contain: 6 people, people sitting

 Rumah tradisi yang lebih dikenali dengan Rumah Haji Su dipulihara oleh kerajaan negeri bagi memastikan rumah yang bercirikan reka bentuk Limas Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga bagi mengekal sejarah dan warisan seni bina Terengganu.

Image may contain: sky and outdoor 

Image may contain: outdoor

Image may contain: one or more people and indoor

 Yang turut hadir pada sesi lawatan itu ialah Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Tuan Haji Mohd Yusuf Abdullah.

Image may contain: people sitting, table and indoor 

Image may contain: 3 people, people standing 

Image may contain: 5 people, people standing and indoor 

 @Jabatan Penerangan Terengganu

#terengganumyheritage
#visitbeautifulterengganu2017

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog