iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 10 October 2017

Pro cendol Setiu, Layee sampai kenyee ( layan sampai kenyang)... udang celup tepung RM10.. 40 ekor



Pro Cendol sentiu yang merupakan stesen cendol yang memberi pelanggan tambah percuma dan makan sampai kenyang telah mula memperkenalkan menu baru.

Cendol Aiskrim.. yummy


Menu yang diperkenalkan adalah Udang Celup Tepung dengan harga RM10 untuk 40 ekor. Tentunya ia memebri pilihan kepada kita sekeluarga untuk menikmati pelbagai menu di sini disamping pelbagai jenis cendol
yang ada.

Udang Celup Tepung RM10 - 40 ekor.. penuh pinggan


Pelbagai jenis cendol sememangnya adalah menu utama di sini iaitu cendol biasa, cendol mangga, cendol durian serta cendol aiskrim. Apa yang menarik anda boleh menambah cendol anda semahu yang anda suka.

Colek Ayam


Selain cendol beberapa jenis makanan lain juga boleh ditambah percuma termasuk laksa penang, mee sup, nasi goreng, pasembor, nasi bujang serta nasi ayam.

Selain itu juga pelbagai menu lain juga tetap menarik untuk di rasa seperti

  •  ikan celup tepung, 
  • sotong celup tepung serendah RM6,
  •  Pulut Mangga RM3,
  •  Mee Kari Udang Galah RM8, 
  • Colek Ayam RM6,
  • Nasi Air RM3
  • Keropok lekor
  • Popia
  • wedges
  • air buah
  • dan lain-lain.
Pendek kata, anda kena datang untuk nikmati sendiri di Pro Cendol Setiu yang terletak ditepi jalan utama di sebelah kanan anda jika anda dari Kuala Terengganu.

Dengan warna rasmi Merah, ia mudah untuk dilihat walauun dari jauh.

Jom makan cendol dan layee sampai kenyee... berbaloi

#setiupost

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog