iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Wednesday 4 April 2018

Burger Tikam 10 inci di Chalok, Setiu, Terengganu


Image result for burger cucuk chalok sinar harian
Wow, burger tikam 10 inci di Chalok
SETIU - Percubaan sepasang suami isteri menghasilkan menu burger tikam setinggi 10 inci mendapat sambutan luar biasa orang ramai yang ingin mencubanya.
Pemilik D'Nora Seafood di Kampung Chalok, Norasilawati Sarina Abdullah, 33, berkata, burger tikam yang dijual dengan harga RM15 satu hidangan yang diisi dengan beberapa kepingan daging serta sosej disusun bertingkat diapit dengan roti bun.
Ditambah pula dengan hirisan kecil sayuran, dilimpahi sos cili, tomato, lada hitam, mayonis dan kentang goreng, boleh dinikmati seramai lima orang.
Penangan kesedapannya itu juga membuatkan pelanggan luar daerah termasuk dari Kuala Terengganu dan negeri jiran iaitu Kelantan serta pengguna jalan berkenaan tidak melepaskan peluang singgah dan menikmati burger tikam.
Laporan MOJO Setiu, Noradila Mahamad.

sumber: sinarharian Terengganu
#setiupost

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog